Apa itu program bimbingan usahawan?

·         Membimbing usahawan kecil dalam pengurusan perniagaan.

·         Memberi  penjelasan tentang matlamat dan objektif perniagaan.

·         Membantu dalam memupuk kemahiran dan memperoleh sumber-sumber yang diperlukan oleh seorang usahawan berjaya.

·         Program ini dibimbing oleh seorang jurulatih yang pakar dan berpengalaman dalam bidang usahawan kecil.

·         Jurulatih membimbing usahawan secara berkala selama 6 – 12 bulan.

·         Perbincangan berkisar tentang cara menangani masalah perniagaan masakini dan bakal dihadapi.

·         Melalui perbincangan tersebut usahawan dapat meletakkan diri di atas landasan yang betul serta terus menuju kearah mencapai matlamat dan objektif perniagaan yang ditetapkan.

 

Bidang-bidang yang dibincangkan dalam program bimbingan usahawan.

Tugas-tugas Jurulatih kepada Usahawan

·         Memberi gambaran meluas tentang perjalanan perniagaan kepada usahawan yang dibimbing.

·         Membimbing usahawan mempertingkatkan kemahiran perniagaan dan perkembangan intelek.

·         Memberi maklumbalas terhadap kekuatan dan kelemahan perniagaan usahawan.

·         Membantu usahawan mengenalpasti peluang-peluang perniagaan

·         Membina jaringan bersama usahawan-usahawan dan badan-badan organisasi yang professional.

·         Membantu usahawan dalam menembusi tempoh peralihan semasa iaitu daripada mula berniaga hingga ke peringkat membesarkan perniagaan.

·         Membantu usahawan mengimbangi kehidupan peribadi dengan dunia perniagaan.

·         Mendengar masalah yang dihadapi, sambil membantu usahawan merangka matlamat dan seterusnya membuat perancangan yang perlu dilaksanakan.

·         Memberi galakan dan motivasi terhadap usahawan agar lebih berkeyakinan.

 

Ciri-ciri Jurulatih Program Bimbingan Usahawan yang Baik

·         Terlatih secara profesional dalam kemahiran melatih

·         Berpengalaman dalam mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh usahawan kecil, dan seterusnya mampu membimbing usahawan dalam menangani isu-isu yang dihadapi.

·         Memberi sokongan terhadap keperluan dan aspirasi perniagaan anda, memberi  galakan dalam menghadapi persaingan sesame kelompok usahawan dan mengatasi kepayahan dalam menerajui perniagaan anda.

·         Sabar serta sanggup meluangkan masa yang mencukupi untuk berinteraksi dengan anda bagi memastikan anda berjaya.

·         Dihormati oleh para usahawan yang professional dan lain-lain usahawan.

·         Sangat berminat dan berkeinginan dalam membimbing dan tahu cara berinteraksi secara aktif terhadap usahawan.

·         Memberi motivasi serta aspirasi untuk mencapai potensi yang tertinggi melalui galakan, tindakbalas dan bimbingan yang berkesan.

·         Pembimbing yang membantu dalam pengurusan pembelajaran – iaitu mengenali secara aktif dan menggunakan peluang-peluang pelajaran untuk mempertingkatkan prestasi anda mengendalikan perniagaan.

·         Mempunyai keyakinan dan menghargai serta berminat dengan kekuatan dan kebolehan pembangunan perniagaan anda.

 

Tugas-tugas Seorang Jurulatih Program Bimbingan Usahawan yang Efektif

Kepentingan Hubungan di antara Usahawan dan Jurulatih

·         Kunci kepada hubungan yang efektif di antara usahawan dan jurulatih adalah tanggung jawab bersama dikedua-dua belah pihak.

·         Kedua-dua pihak perlu memupuk kepercayaan dan hubungan baik antara satu sama lain.

·         Lain-lain ciri-ciri penting dalam mempertingkatkan hubungan:

*        Hormat   -  dapat dipupuk melalui pengetahuan dan kebolehan jurulatih dan keinginan        usahawan untuk meningkatkan keupayaan dan pengalaman.

*        Percaya  -  dilakukan melalui komunikasi, sifat sentiasa bersedia, sifat mudah diramal dan setia sesama jurulatih dan usahawan.

*        Rakan kongsi yang utuh  -  dibina melalui persefahaman sesama jurulatih dan usahawan sebagai rakan kongsi yang profesional.

§  Beberapa halangan yang dihadapi dalam perkongsian ialah salah faham ataupun salah tafsir di antara mereka.

§  Langkah-langkah yang dapat mengatasi cabaran tersebut  :

1.       Sentiasa bersikap terbuka dalam perbincangan.

2.       Menyelesaikan masalah yang berbangkit.

3.       Meramalkan kesan yang bakal berlaku akibat dari keputusan yang dibuat.

4.       Mengawal pelan tindakan.

*        Jangkaan realistik  -  dipupuk melalui galakan oleh jurulatih dalam penetapan dan pencapaian matlamat perniagaan yang realistik dan mampu dicapai.

*        Masa  -  meluangkan masa perbincangan sekerap mungkin pada awalnya dan semakin berkurangan setelah hubungan baik terjalin sesama jurulatih dan usahawan.

 

Tanda-tanda Hubungan yang Sukses

·         Usahawan lebih terbuka untuk berubah , untuk mencari peluang-peluang perniagaan dan untuk belajar daripada pengalaman orang lain. Kedua-dua usahawan dan jurulatih sangat berpuas hati dengan hubungan sesama mereka.

·         Wujudnya tanggungjawab kearah persefahaman dan peningkatan dan sanggup berhadapan dengan segala macam kemungkinan kearah penyelesaian.

·         Merasakan ada hubungan baik dengan jurulatih di mana melalui hubungan ini, usahawan memperoleh kepentingan bersama, dihormati dan sentiasa berterus-terang dalam perbincangan.

·         Jurulatih berkongsi pengalamannya, kebolehannya dan kejayaannya sebagai panduan dan sokongannya untuk membimbing usahawan memperoleh pengetahuan dan kebolehan untuk menjayakan operasinya.

·         Usahawan berkeinginan untuk menjayakan hubungan ini dan sanggup untuk menimba ilmu daripada jurulatih.

 

Peringkat-peringkat dalam Program Bimbingan Usahawan.

·         Program Bimbingan Usahawan ini terbahagi kepada 4 peringkat yang berbeza, mengikut keupayaan dan keperluan usahawan.

·         Untuk menentukan peringkat pada awalnya, jurulatih perlu mempertimbangkan isu-isu berikut:-

  •        Pengetahuan, kebolehan dan keupayaan usahawan dalam pengurusan perniagaan.
  •        Tahap pengalaman perniagaan
  •        Jenis dan nilai bimbingan dan sokongan yang diperlukan berhubung dengan perniagaan.

·         Isu-isu tersebut akan dinilai dan diperhati oleh jurulatih semasa sesi bimbingan dijalankan.

·         Hubungan jurulatih mungkin mengikuti keempat-empat peringkat atau sebahagian sahaja.

·         Kedudukan usahawan bergantung kepada kemampuan usahawan dalam mengendali tugasan.

·         Sementara itu, jurulatih akan menilai usahawan secara berterusan dan bertindak sewajarnya dan membuat keputusan bijak dalam meletakkan usahawan pada peringkat tertentu.

 

Penetapan

·         Khusus bagi usahawan yang kurang berpengalaman dalam pengurusan perniagaan.

·         Pada peringkat ini, jurulatih akan kerap berhubungan dengan usahawan.

·         Jurulatih akan kerap membimbing usahawan dalam membina keyakinan diri.

·         Jurulatih akan lebih focus dalam menyediakan maklumat-maklumat tentang isu-isu perniagaan serta konsep dan teknik pengurusan perniagaan.

·         Jurulatih juga akan berkongsi pengalaman-pengalamannya dalam mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Memberi Keyakinan

·         Pada peringkat ini, jurulatih akan meyakinkan usahawan untuk mencari penyelesaian sendiri.

·         Pada tahap ini, usahawan sudahpun mempunyai pengalaman tetapi memerlukan hala tuju syarikat.

·         Usahawan mungkin di arah untuk mengambil risiko dan jurulatih akan menyarankan strategi-strategi yang baru, mengadakan sesi soal-jawab dan mencabar usahawan kearah penemuan-penemuan yang lebih baik.

Bekerjasama

·         Pada peringkat ini, usahawan cukup berpegalaman dan berupaya bekerjasama dengan jurulatih dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perniagaan.

·         Usahawan akan bekerjasama dengan jurulatih secara aktif dalam perancangan strategi perniagaan dan dalam operasi harian syarikat.

·         Jurulatih pula akan menggalakkan usahawan bekerja sendiri dan membenarkan usahawan mengendalikan keadaan dengan bimbingan yang berkurangan berbanding daripada peringkat sebelumnya.

·         Tetapi , seandainya usahawan menemui jalan buntu dalam satu-satu keadaan, jurulatih akan sedia membimbing usahawan mengatasinya.

Penegasan

·         Pada peringkat ini, usahawan telahpun memperolehi banyak pengalaman dan telah betul-betul memahami tentang prinsip-prinsip dan teknik-teknik menjalankan perniagaan yang berjaya.

·         Pada tahap ini, jurulatih akan bekerjasama dengan usahawan dalam menentukan matlamat, objektif dan arah tuju perniagaan.

·         Jurulatih juga akan membina jaringan perniagaan dengan usahawan-usahawan, industri-industri dan sumber-sumber yang lebih berjaya.

·         Jurulatih bukan sahaja meneruskan bimbingan, bahkan beliau menjadi pendengar setia dan menggalakkan usahawan membuat keputusan sendiri. Beliau juga menjadi idola usahawan.

 

Bagaimana Program Bimbingan Usahawan Dijalankan

·         Bimbingan bermula dari sesi pengenalan, di mana jurulatih akan mengambil tahu semua tentang usahawan dan perniagaannya.

·         Selepas sesi pengenalan, kedua-dua jurulatih dan usahawan akan sering berhubungan bersemuka atau melalui telefon.

·         Perbincangan selalunya berkisar tentang penetapan strategi, mengenalpasti masalah dan matlamat syarikat dan menetapkan matlamat dan objektif syarikat.